Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telegram Terus Popular – Lebih 1 Bilion Dihantar Melaluinya Setiap Hari

Telegram MessengerTelegram merupakan salah satu aplikasi permesejan yang menawarkan fungsi-fungsi seumpama WhatsApp, termasuk beberapa penambahan lain seperti penggunaan nama pengguna, kebolehan tukar nombor telefon, dan menyimpan data pada komputer awan. Terkini, Telegram dilihat mencapai lebih 50 juta pengguna aktif, dan lebih sejuta pengguna baru mendaftar untuk menggunakannya setiap minggu.


Pada masa yang sama, pihak Telegram turut mengatakan lebih 1 bilion mesej dihantar dan diterima menggunakan Telegram setiap hari – sekaligus memperlihatkan penggunaannya semakin popular setiap hari berbanding beberapa perkhidmatan permesejan yang lain.


Di Malaysia sendiri, boleh dikatakan angka penggunanya agak tinggi, dan segelintir pengguna telah pun menggunakan ia sebagai aplikasi utama berbanding beberapa aplikasi yang lain.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telegram Terus Popular – Lebih 1 Bilion Dihantar Melaluinya Setiap Hari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info