Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Norton Bekerjasama Dengan BetaBrand Untuk Hadir Dengan Jeans Dan Blazer Yang Boleh Menghalang Godaman RFID

Norton sedia mempunyai penawaran sekuriti dan perlindungan untuk komputer dan juga peranti mudah-alih. Kini, mereka melangkah setapak kehadapan untuk turut melindungi pengguna daripada kecurian informasi daripada kad kredit dan kad bank melalui pengodaman frekuensi RFID, dan memperkenalkan seluar jeans dan blazer yang hadir dengan perlindungan tersebut.


Norton Betabrand Blazer


Norton Jeans


Untuk tujuan ini, pihak Norton bekerjasama dengan BetaBrand untuk hadir dengan rekaan seluar jeans dan blazer , selain turut memasarkannya.


BetaBrand mengatakan melalui penggunaan RFID dan NFC, maklumat pengguna seperti data kad kredit boleh dicuri oleh pengodam walaupun ketika kad kredit atau kad bank berada dalam poket anda. Lebih daripada 10 juta identiti dicuri setiap tahun, dan pada tahun 2015 kelak, lebih kurang 70% daripada kad kredit akan terdedah kepada godaman tersebut.


Beberapa peranti sedia ditawarkan termasuk dompet dan sebagainya yang melindungi pengguna daripada frekuensi tersebut, dan kini kerjasama Betabrand dan Noron membawakan pakaian seperti jeans dan blaze dengan perlindungan tersebut.


Buat masa ini, Betabrand mengumpulkan dana dan penjualan melalui laman mereka, dimana jeans ditawarkan pada harga $151.20 (~RM526), sementara blazer pada harga $148.50 (~RM517).







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Norton Bekerjasama Dengan BetaBrand Untuk Hadir Dengan Jeans Dan Blazer Yang Boleh Menghalang Godaman RFID"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info